Penyebab Rasa Sakit Wanita Saat Hubungan Intim

Penyebab Rasa Sakit Wanita Saat Hubungan IntimPenyebab Rasa Sakit Wanita Saat Hubungan Intim

Terdapat pelbagai keadaan yang membawa kepada Kesakitan Isteri Sewaktu Hubungan Intim atau seksual :-

1) Vaginismus

Ini adalah keadaan biasa yang mana otot vagina masuk ke dalam ‘spasm’, penyebab utamanya adalah kerana perasaan takut anda sekiranya mendatangkan kesakitan.

2) Jangkitan vagina

Jangkitan kulat pada vagina juga boleh menyebabkan anda tidak berasa selesa semasa melakukan hubungan seksual dan terasa pedih atau ‘membakar’.

3) Masalah pada serviks

Jangkitan pada servik boleh mengakibatkan kesakitan semasa hubungan seksual (apabila zakar menyentuh servik).

4) Masalah pada uterus dan ovari

Jika terdapat fibroid atau sista dalam uterus atau ovari, ini juga akan menyebabkan kesakitan ketika mengalami penetrasi.

5) Endometriosis

Ini adalah suatu keadaan yang paling menyakitkan iaitu apabila ‘endometrium’ (jaluran tisu pada uterus) membesar di luar uterus.

6) Penyakit inflammasi pelvik

Tisu-tisu ini membengkak serta mengakibatkan kesakitan yang amat sangat.

7) Kandungan luar rahim

Ia berlaku yang mana telur yang subur membesar di luar uterus.

8) Menopaus

Wanita yang sudah berumur atau tua mengalami kekeringan vagina setelah tiada lagi kelembapan pada vagina apabila berlaku menopaus.

9) Jangkitan penyakit kelamin

Penyakit kulat pada alat kelamin, kesakitan pada ‘herpes’ dan lain-lain jangkitan boleh menyebabkan kesakitan pada vagina.

10) Kecederaan pada vulva atau vagina

Kecederaan-kecederaan ini terjadi apabila melahirkan anak yang mana (pada bahagian kulit antara vagina dan anus) dibuka atau terkoyak semasa pembedahan dijalankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.